

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Nguyen Minh Triet dan Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Nguyen Tan Dung, sempena dengan ulang tahun Hari Kebangsaan negara tersebut yang ke-65.


| Hits counter |
| sejak 30 Mei 2009 |